Tuesday, 8 October 2013

Epilog cerita duka JDT-bahagian II

Terbaca ulasan perlawanan dari blog sokernet. Ulasan ni sangat kelakar sampai asyik tergelak-gelak je bila baca. Lebih-lebih lagi dengan gambar jep sebagai intro. Walau bagaimanapun, ulasan ni memang terang lagi bersuluh ‘mengejek tahap dewa’ kepada pasukan JDT. To JDT fans, sori okay. Don’t take it personal.



MUQADDIMAH

Saya berada di rumah ketika perlawanan berlangsung. Tidak perlu rasanya ke stadium untuk menonton perlawanan antara Kelantan dan Johor palsu memandangkan Johor palsu ialah pasukan yang lemah, tidak kompeten, dan bercita rasa rendah dalam memilih pemain. Ini juga kali pertama saya menonton perlawanan bola sepak sambil melipat kain dan memberi susu anak atas dasar tiada sentimen yang perlu didebarkan. Lainlah kalau lawan Selangor atau Pahang.

Sedikit sebanyak isu luar padang seperti kebebalan Bobo, kejengkelan Alang, dan polemik tentang tatasusila isteri Norshahrul lebih hangat dibicarakan berbanding 90 minit situasi dalam padang. Pemilik nama Indra Putra dalam sastera kuno ialah seorang adiwira dan malam ini beliau ialah adiwira kita semua. Terima kasih diucapkan.

Perlawanan first leg di Larkin menyaksikan Kelantan melaksanakan status mereka sebagai kasanova Liga-M yang handal mempermainkan perasaan lawan. Tindakan sengaja kalah 4-2 memberikan sinar harapan buat Johor palsu tetapi pada malam ini segala kegembiraan dipadamkan semudah menjirus air ke bara api. Hakikat yang perlu ditelan oleh Johor palsu ialah mereka memang lauk. Dikecewakan pada final Piala FA berulang lagi.

#NowPlaying Metallica - Sad But True


ULASAN PERLAWANAN

Norfarhan menepati ramalan yang bertindak cemerlang menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-19. Terlalu mudah bagi pemain fleksibel itu menyempurnakan hantaran Dickson. Tanpa setitik peluh, memejam sebelah mata, dan sambil lewa sahaja menendang bola untuk menghasilkan jaringan persis Dennis Bergkamp. Bukan sesuatu yang asing bagi Farhan untuk perkara sedemikian.

Kapten Pasukan Kelantan, Badri Radzi menambah derita Johor Palsu apabila mencetak gol kedua. Terdetik di hati kecil arkitek tersebut rasa kasihan. Beliau memang terkenal dengan sifat perikemanusiaan yang tinggi. “Aku keno wi ni sebutir ko set dia. Set dia mari jauh ni”, Piya bermonolog. Setelah mencapai kata sepakat dengan rakan sepasukan yang lain, Kelantan berjaya memberikan harapan palsu yang memang bersesuaian dengan status palsu pasukan lawan. Anak emas Rajagopal, Safee Sali berjaya menjaringkan gol menjadikan agregat 5-5. Apek tiada masalah untuk berlakon seolah-olah dia cuai kerana sudah berpengalaman dalam iklan-iklan televisyen.

Gembira bukan kepalang Safee dengan jaringan itu. Rasa girang tidak dapat disembunyikan. Terkernyih-kernyih dia berlari-lari anak menuju ke garisan tengah. Pemain Kelantan hanya ketawa kecil dan senyum sinis. Riak muka tiada pun rasa kecewa. Obinha Nwaneri yang menyampah dengan muka berlagak dan fesyen rambut garit-garit milik Chopot atas jaringan itu memadamkan kegembiraan pemain Johor palsu beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama. Johor palsu muram kembali. Ya, dunia ini kejam. Kegembiraan adalah sementara sahaja bagi manusia alpa.

Selemah-lemah pasukan ialah pasukan yang bolos awal. Itulah Johor palsu. Jaringan ketiga Kelantan tiba seawal wisel separuh masa kedua ditiup. Pemain Johor palsu buntu dengan jaringan yang mengelirukan itu. Chopot hilang pedoman, Zaquan tercenggang kekaguman, dan Norshahrul tergaru-garu hidung yang pecah disiku lipat Indra. Apakan daya, sudah nasib bermain dengan pasukan lemah.

Ahh. Malas la aku tulis lagi panjang.

Nor Farhan sumbat lagi satu.
Indra sumbat lagi satu.
Pemain Johor palsu kena ole.
Dickson buat skill power.
Obinha pun tunjuk skill power jugak.
Reff buat taik.
Pemain pertahanan Johor palsu main tarik-tarik.
Nunez masuk dengan fungsi melengkapkan bilangan pemain sahaja.
Dickson ole lagi.
Pemain Johor palsu terpinga-pinga hingga ke wisel penamat.
Kelantan mara ke separuh akhir untuk bertemu ATM dengan agregat 8-5. Banyak betul jaringan. Gila gila. Menang mudah tanpa saingan ialah perkara yang sukar diterima Kelantan.

Hah, padan tulis macam tu aje kalau setakat Johor palsu. Tak payah tulis banyak memang dah semua orang tahu tahap pasukan palsu serupa ni. Kenapa Kelantan power sangat ni? Kenapa ni woiii? Kenapeeeee…?


Kreadit: Sokernet

No comments:

Post a Comment