Sunday, 18 August 2013

Proton baru, Suprima S


Pada 17 ogos lalu proton telahpun melancarkan model terbaru yang dikenali sebagai Suprima S. Dipinjam dari nama asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi, model Suprima dilihat memiliki semua kehendak serta keperluan semasa kereta moden yang terkini.

Suprima S adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 variasi iaitu  Executive dan Premium.Kereta terbaharu ini juga merupakan model yang dilengkapi dengan produk terkini seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.

Proton Suprima S menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain. Selain itu Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Berikut ialah harga untuk varian Proton Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

No comments:

Post a Comment