Monday, 26 August 2013

Asmaa El-Beltagi..

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed  Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"
Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.


Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.
Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.
Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.
Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"
Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.
Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.
Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.
Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,
Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi

Asmaa el-Beltagi
foto Asmaa El-Beltagi

sumber: Sinar Harian

p/s: Rasa sayu yang teramat sangat lepas membaca surat daripada si ayah. Sesungguhnya kekejaman sedang berlaku didepan mata tetapi umat islam sekarang terlalu lemah sehingga tidak mampu untuk berbuat apa-apa..Semoga akan segera lahir seorang pemimpin islam yang adil sepertimana Mohamad Al-Fateh, Salahudin Al-Ayubi atau Umar Abdul Aziz disetiap negara agar umat islam tidak akan terus menerus di tindas. Amin. 

Saturday, 24 August 2013

Misteri Raksaksa Laut

Hari ini akhbar Kosmo memaparkan berita mengenai penemuan bangkai raksaksa laut. Bangkai tersebut ditemui oleh penduduk di pinggir selatan Sepanyol. Walaupun agensi Discovery News merumuskan bahawa bangkai raksaksa laut tersebut merupakan golongan paus dari spesis berbeza dikenali sebagai 'blobster', namun rupanya yang bertanduk lebih mirip kepada spesis naga, yang juga merupakan salah satu makhluk lagenda yang masih menjadi misteri sehingga kini. Apakah ini salah satu petanda akhir zaman yang semakin hampir??


raksasa laut
Gambar bangkai raksaksa laut yang ditemui di selatan sepanyol

p/s: teringat cerita 'One Piece' bila melihat gambar bangkai raksaksa laut tersebut :>

Deejay ERA hina pasukan bola sepak Sarawak

Deejay ERA FM, Johan, Ray dan Hanif, telah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati seluruh rakyat Sarawak apabila menggelar pasukan bola sepak negeri tersebut sebagai 'cap ayam'. Sungguhpun permohonan maaf secara rasmi bakal berlangsung pada minggu hadapan, namun unkapan yang boleh diibaratkan sebagai gurauan tidak bertempat, tidak akan mudah dilupakan khususnya kepada rakyat sarawak kerana ianya melibatkan maruah pasukan negeri tersebut. Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Dr Jake Abdullah "Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," 


Seharusnya sebagai personaliti, mereka seharusnya lebih sensitif dan fikir secara mendalam sebelum mengeluarkan sebarang komen mengenai sesuatu perkara. Walaupun permohonan maaf bakal dibuat, tetapi perkara tersebut tidak mungkin boleh dilupakan sebegitu sahaja. Semoga perkara ini akan menjadi teladan buat semua. 

Kes doping pemain TRW

Sekarang hangat diperkatakan mengenai kes pemain TRW mengambil dadah semasa final piala FA Jun lalu. Sungguhpun identiti pemain dirahsiakan dan perkara tersebut belum disahkan 100% (tunggu hasil ujian doping yang kedua), namun banyak pihak telah menunding jari menyalahkan pihak KAFA. Tak kurang ada yang mempertikaikan kemenangan TRW keatas JDT semasa final yang lalu dan berharap agar kemenangan tersebut ditarik balik walaupun pemain yang disyaki hanya pemain simpanan dan langsung tidak beraksi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Sehingga perkara sebenar diketahui minggu depan, diharap semua pihak terutamanya wartawan dan peminat, tidak membuat sebarang spekulasi atau menyampaikan berita yang tidak benar di laman-laman sosial. Simpatilah terhadap individu tersebut. Andai anda ditempat beliau, apakah perasaan anda dijatuhkan hukuman sebelum perbicaraan dimulakan. Seperti mana kata Azman Ibrahim:

"Berita sensasi boleh melariskan akhbar dan MEMUSNAHKAN karier dan masa depan pemain muda.."

Thursday, 22 August 2013

Ikan sisa nabi

Ikan ini juga dikenali sebaggai Ikan Sebelah Laut dan tergolong dalam golongan ikan air masin dan ikan air tawar. Terdapat kisah menarik disebalik kejadiannya. Menurut sejarah, ikan sisa nabi ini telah dimakan oleh Nabi Sulaiman As tetapi oleh kerana baginda tidak sempat untuk menghabiskanya, baginda telah melepaskan semula ikan tersebut kedalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan tersebut hidup semula walaupun hanya tinggal sebelah dan satu mata sahaja.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa bahawa ikan tersebut ada kaitan dengan pertemuan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir, ditempat pertemuan dua laut memandangkan ikan tersebut juga hidup didua laut. Walau apapun kebenaranya, kewujudan ikan sisa nabi ini menjadi bukti bahawa kekuasaan Allah. 




gambar ikan sisa nabi

pertemuan dua buah laut seperti dalam kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir

sumber: Forum cari

Rendang kerang

Semalam puasa sunat + puasa ganti then time tengah buat slide, tetiba teringin nak makan rendang kerang. Actually sebelum ni tak pernah cuba buat pun. Selalu kalau masak kerang, menu biasa yang pernah buat adalah rebus, bakar atau buat sambal. Pastu teringat pulak dekat husband yang tengah bekerja. Dia pun puasa jugak jadi rasanya hari ni nak masak yang special la.

Setelah belek-belek resepi kat internet, akhirnya terjumpa satu yang nampak menarik. Resepi ni dari Mat Gebu (www.tiffinbiru.com). Tapi bila baca bahan-bahan untuk buat, ternyata rupanya tak cukup bahan. Nak cancel buat rasa cam tak boleh sebab dah beria-ria bagitau husband nak masak rendang. Jadi petang tu proceed jugak la walaupun bahan tak cukup.Melalui sedikit modifikasi, akhirnya terhasillah rendang kerang yang memang rupanya rendang tetapi rasanya hanya Tuhan yang tahu. Berdebar jugak la bila nak makan. Takut tak sedap je. Alhamdulillah. Nasib baik jadi :) Time berbuka husband cakap dia sebenarnya tak suka sangat makan kerang tapi memandangkan isteri dah masak, jadi rasa la sikit..Agak kecewa bila dengar dia cakap camtu tapi bila nampak dia makan berselera, siap tambah-tambah lagi, rasanya rasa rendang tu boleh buat dia rasa suka pada kerang. hehe

 rendang kerang

Kebenaran itu milik ALLAH- TG Nik Aziz Nik Mat

Sangat tersentuh apabila membaca tulisan TG Nik Aziz. Terasa diri ini sangat kerdil dan sering alpa dengan keselesaan yang dinikmati di bumi Malaysia. Bersyukur kerana Malaysia aman damai. Walaupun kadang-kala terdapat sedikit kekecohan, namun Alhamdulillah, keadaan masih terkawal. Semoga keamanan yang dinikmati sekarang akan terus terpelihara. Amin.

"SAYA tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.

Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.

Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?

Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72"

sumber: Kosmo

Monday, 19 August 2013

Iktibar dari kisah pengayuh beca

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.
Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.
Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.
Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.
Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.
“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.
"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.
Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.
Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.
Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

sumber: Kosmo

Sunday, 18 August 2013

Proton baru, Suprima S


Pada 17 ogos lalu proton telahpun melancarkan model terbaru yang dikenali sebagai Suprima S. Dipinjam dari nama asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi, model Suprima dilihat memiliki semua kehendak serta keperluan semasa kereta moden yang terkini.

Suprima S adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 variasi iaitu  Executive dan Premium.Kereta terbaharu ini juga merupakan model yang dilengkapi dengan produk terkini seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.

Proton Suprima S menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain. Selain itu Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Berikut ialah harga untuk varian Proton Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Thursday, 15 August 2013

Manusia mengawal teknologi @ teknologi mengawal manusia?



Adakah kita juga tergolong dalam golongan diatas??


sumber: novelloverzz

Print gambar secara online

Hari ni nak share pasal print gambar aka cuci gambar secara online.  Ada 1 company yang offer service untuk print gambar secara online. Kos untuk print pun murah je, 30 sen sekeping untuk gambar size 4R. Setakat ni survey2, company ni bagi rate paling murah sebab kalau cuci sendiri kat luar, kebanyakan kedai caj dalam 35 sen ke 60 sen sekeping untuk size yang sama. Jadi untuk sape-sape yang berminat boleh la layari web east ocean e-imaging (eoe). Kalau nak jimat lagi kumpul gambar banyak2 pastu baru print sebab kalau total print bawah RM35, akan ada caj penghantaran sebanyak RM5. kalau total print lebih dari rm35, penghantaran adalah percuma.  

Top up oh top up....

Dalam 2 hari lagi top up nak expired.. kan bagus kalau maxis masih kekalkan system youthclub. jadi tak perlu nak top up selalu. Kalau top up RM30 pun kadang2 pakai sebulan tak sampai RM15.  Ye la pakai untuk call family je. sms jarang. Dulu time couple sms memang manjang tapi bila dah kawin dah takde benda nak sms sebab hari2 jumpa… Argh malasnya nak top up

Wednesday, 14 August 2013

Tips untuk hilangkan parut jerawat/jeragat

Kita semua mesti penah naik jerawat kn? well kalau jerawat 2 naik n pastu hilang tanpa tinggal parut xpe la. Ni slalunya lepas dah surut pasti akan tinggal parut2 hitam..hmm jatuh saham..x heran la banyak syarikat kosmetik sibuk kuarkan mcm2 produk utk hilangkan benda alah ni. Produk camtu bagus tp persoalannya adakah ianya sesuai ngan kulit kita? Lg 1 skarang byk produk yang kononya sgt berkesan tp tup2 x buat chemical test. Lagi bahaya sbb kita x tau apa bahan yg dorang pakai n ada kesan sampingan ke x. So untuk  menjamin kesejahteraan rumah tangga (suami mesti suka tengok istri cantik kn) n kesihatan diri, akhirnya berjaya jumpa tips traditional untuk hilangkan parut jerawat ni. Caranya mudah n jimat iaitu guna kulit kayu manis je. Untuk sape2 yg x kenal kulit kayu manis, kt sini dilampirkan gambar ya.

Mula2 kulit kayu manis 2 kita rendam dalam air bagi lembut. Saya slalu rendam dalam stengah jam n pastu parut bg halus. Then tepek kt tempat berparut td. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Sy dah try 3 kali n Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Selamat mencuba :> 

Iktibar dari kes baby mati lemas akibat parents sibuk shopping

Kes ni berlaku kat San Diego. Menurut laporan NBC, parents baby ni pegi shopping n terlupa yang dorang bawak baby umur 4 bulan skali masa kluar. Baby tu plak dorang tinggal kat keta. Dah siap shopping n balik rumah smua, still lagi lupa pasal baby. Esok pagi baru teringat yang baby tu masih kat keta. Bayangkan semalaman ditinggalkan dalam keta dengan keadaan suhu time tu 36 darjah celcius. Confirm2 baby 2 mati lemas kan...

Ni gambar parents yang cuai n kereta mereka. Kesian kn?? untuk baby la.. Gud thing is, polis sana cepat amik tindakan dengan penjarakan dorang ni atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian. Kat Malaysia pn kes mcm ni penah berlaku. Actually 2,3 kes jgk la untuk taun ni je tp undang2 Malaysia x penah amik tindakan. Mungkin dah sampai masa kita juga patut amik tindakan yang sama. Sekurang2nya akan jd pengajaran untuk orang lain yang walau camana sibuk pn anda bershopping, anak tetap jd keutamaan.



sumber: forum cari.com

Tuesday, 13 August 2013

Petua kilatkan kuku

Sebenarnya teringin sangat nk pegi bt manicure pedicure..tp apa nk buat, duit yang ada sekarang x memungkinkan untuk buat hal yang remeh temeh camtu..so terpaksa la bersabar dahulu..boring2 check kt internet rupanya ada tip2 yg bagus untuk kilatkan kuku tanpa perlu ke spa. nape x pernah terfikir plak sebelum ni ya. Caranya mudah je. Amik ubat gigi ( x kira jenama apa) pastu gosok2 kt kuku dalam 5 minit. Hasilnya kuku akan cantik berseri2 :>

Percubaan pertama

pertama kali menulis untuk blog baru..sebelum ni dah ada 1 blog tapi sebab jarang check, dah tak boleh masuk da...hmm penat je buat lama2 aritu.