Anak bongsu komposer dan penyanyi terkenal Indonesia Ahmad
Dhani, Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 13, telah menyebabkan enam orang terbunuh
dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi, Bogor.
Van tersebut kemudiannya telah dilanggar oleh sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang.
Kemalangan tersebut turut menyebabkan sembilan orang cedera. Walaubagaimanapun Dul dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya patah kaki.
Kereta Mitsubishi Lancer itu dikatakan telah dihadiahkan oleh Ahmad Dhani kepada anaknya yang menyambut hari jadi pada 23 Ogos lalu.
Sementara itu jurucakap polis trafik Jakarta Timur, AKP Agung berkata pihaknya masih sedang menjalankan siasatan jika Dul mempunyai lesen atau surat kebenaran memandu.
sumber: Yahoo Malaysia
OMG! umur 13 dah bawak keta Lancer!! really spoil brat! dia dah memusnahkan banyak masa depan orang lain. Yang terkorban mungkin adalah suami, ibu, anak, abang atau adik seseorang. Camane dia nak tanggung kesalahan ni?? paling bersalah adalah Ahmad Dhani sendiri. Dia memamg patut dipenjarakan atas alasan kecuaian melampau.
No comments:
Post a Comment